Sabtu, 14 Julai 2018

Iman Tak Dapat Diwarisi

   Sebelum ini kita hanya mendengar lagu dari kumpulan Raihan bahawa iman tak dapat diwarisi, dan sekarang kita melihat kebenarannya, bahkan jika dilihat ilmu juga tidak mencapai tahap ilmu almarhum bapanya. Agak ketara (jauhnya) tahap pemikiran si bapa dgn si anak yang berlagak kononnya dia ingin membawa wadah perjuangan bapanya dan memperjuangkan  pemikiran bapanya. 

   Asas mereka juga agak jauh berbeza, bagaimana ingin perjuangkan apa yang bapanya perjuangkan? Pemikiran mereka jugak tidak sama, bagaimana si anak ingin perjuangkan pemikiran bapanya? Walaupun timbul suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa si anak tersebut agak mirip perwatakan dan pemikiran dengan si bapa, namun jika dinilai dengan ilmu dan pemikiran yang sihat, mereka agak jauh berbeza.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa ATGNA tidak pernah pisahkan sesuatu dengan agama bahkan dalam  politik juga. Asas kehidupan mesti bergantung kepada agama.

   Namun si anak yang kononnya ingin membawa wadah perjuangan bapanya agak jauh menyeleweng daripada apa yang diperjuangkan oleh bapanya.

Oleh kerana keceluparan mulutnya dalam meraih populariti dalam politik, menjadikan rakyat yang keliru semakin keliru dengan pandangan songsang si anak tersebut. 

   Dalam dua gambar di atas, agak jelas perbezaan yang ketara diantara si bapa dan si anak tersebut. Agak jelas dan tidak dapat disangkal lagi si anak jauh menyeleweng dari landasan sebenar, yang diperjuangkan oleh si bapa selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan