Sabtu, 14 Julai 2018

Iman Tak Dapat Diwarisi

   Sebelum ini kita hanya mendengar lagu dari kumpulan Raihan bahawa iman tak dapat diwarisi, dan sekarang kita melihat kebenarannya, bahkan jika dilihat ilmu juga tidak mencapai tahap ilmu almarhum bapanya. Agak ketara (jauhnya) tahap pemikiran si bapa dgn si anak yang berlagak kononnya dia ingin membawa wadah perjuangan bapanya dan memperjuangkan  pemikiran bapanya. 

   Asas mereka juga agak jauh berbeza, bagaimana ingin perjuangkan apa yang bapanya perjuangkan? Pemikiran mereka jugak tidak sama, bagaimana si anak ingin perjuangkan pemikiran bapanya? Walaupun timbul suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa si anak tersebut agak mirip perwatakan dan pemikiran dengan si bapa, namun jika dinilai dengan ilmu dan pemikiran yang sihat, mereka agak jauh berbeza.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa ATGNA tidak pernah pisahkan sesuatu dengan agama bahkan dalam  politik juga. Asas kehidupan mesti bergantung kepada agama.

   Namun si anak yang kononnya ingin membawa wadah perjuangan bapanya agak jauh menyeleweng daripada apa yang diperjuangkan oleh bapanya.

Oleh kerana keceluparan mulutnya dalam meraih populariti dalam politik, menjadikan rakyat yang keliru semakin keliru dengan pandangan songsang si anak tersebut. 

   Dalam dua gambar di atas, agak jelas perbezaan yang ketara diantara si bapa dan si anak tersebut. Agak jelas dan tidak dapat disangkal lagi si anak jauh menyeleweng dari landasan sebenar, yang diperjuangkan oleh si bapa selama ini.

Khamis, 12 Julai 2018

Kebersihan Tandas


Tandas adalah tempat utk kita membuang kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Namun, kita wajib menjaga kebersihan tandas tersebut.
  Ramai dikalangan masyarakat kita memandang remeh dalam isu kebersihan tandas. Terutama masyarakat kita yg beragama Islam.
  Rata-rata kita tinjau di masjid2, keadaan tandas amat mengecewakan. Ada yang kunci patah,pam rosak, tersumbat , pintu pecah dll.
  Alangkah baiknya jika kita semua bersama2 menjaga kebersihan tandas dan menolong dari segi harta atau kudrat kita.
 
Jika kita mempunyai jiwa yang bersih..kita akan zahirkannya melalui penjagaan kebersihan tandas.
Kerana itu  
Tandas Bersih Jiwa Bersih digunakan dalam kempen penjagaan kebersihan tandas. 
Bersama-samaBah kita menjaga kebersihan tandas kita.

Rabu, 11 Julai 2018

Lesen Murah Fb

Jangan Terpedaya
Ramai yang terpedaya dengan harga yang ditawarkan dalam facebook.
Banyak faktor pengguna mudah terpedaya.. Antaranya :
-harga yang ditawarkan sangat
  murah.
-faktor masa.
-mudah dll.
Dalam gambar yg sy uploadkan ini bukti2 chat dan bukti wang yang telah di Bank in oleh mangsa ke akaun admin Facebook yg terbabit.
Manakala ini adalah nombor whatsapp admin tersebut..
+60 11-6186 2893

 
Resit Bank in 


Chat dengan admin


Diharap pihak berkuasa dapat membendung perkara ini.
Dan yang terkena harap dapat melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa.