Asas mereka juga agak jauh berbeza, bagaimana ingin perjuangkan apa yang bapanya perjuangkan? Pemikiran mereka jugak tidak sama, bagaimana si anak ingin perjuangkan pemikiran bapanya? Walaupun timbul suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa si anak tersebut agak mirip perwatakan dan pemikiran dengan si bapa, namun jika dinilai dengan ilmu dan pemikiran yang sihat, mereka agak jauh berbeza.
Sebagaimana yang kita maklum bahawa ATGNA tidak pernah pisahkan sesuatu dengan agama bahkan dalam politik juga. Asas kehidupan mesti bergantung kepada agama.
Namun si anak yang kononnya ingin membawa wadah perjuangan bapanya agak jauh menyeleweng daripada apa yang diperjuangkan oleh bapanya.
Oleh kerana keceluparan mulutnya dalam meraih populariti dalam politik, menjadikan rakyat yang keliru semakin keliru dengan pandangan songsang si anak tersebut.
Dalam dua gambar di atas, agak jelas perbezaan yang ketara diantara si bapa dan si anak tersebut. Agak jelas dan tidak dapat disangkal lagi si anak jauh menyeleweng dari landasan sebenar, yang diperjuangkan oleh si bapa selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan